WE ARE MOVING
BAHASA MELAYU:
Terima kasih kerana anda masih sudi melawat blog rasmi PMKUM sesi 2007/08. Untuk sesi ini, kami telah berpindah ke blog baru yang lebih dinamik dan sesuai dengan konsep semasa.
SILA KLIK URL DIBAWAH UNTUK KE BLOG BARU PMKUM 08/09
http://blogpmkum.blogspot.com
ENGLISH :
Thank you for become our loyal readers of InfoPMKUM 07/08. Unfortunately, we are already MOVING to our new blog that are more dinamic and more suitable for the new concepts.
TO VISIT OUR NEW BLOG, PLEASE FEEL FREE TO CLICK THE URL BELOW
http://blogpmkum.blogspot.com
Need to know?
VISI
‘MENJALINKAN KEMESRAAN DALAM KEBERSAMAAN UNTUK MEMBENTUK PERPADUAN’
MISI
:: 5K PMKUM ::
KEPIMPINAN BERSAMA
KEMESRAAN DAN KETERBUKAAN DALAM BERPERSATUAN
KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN YANG MENYELURUH
KEILMUAN DAN KEMAHIRAN BERINTEGRASI
KEBAJIKAN DAN KEPERIHATINAN BERSAMA
‘BERSAMA MEREALISASIKAN PERPADUAN’
Kabinet PMKUM 07/08
MAJLIS TERTINGGI
YANG DIPERTUA
NIK AFENDDY BIN MOHAMMAD
SYAFAWATI BT MOHD NOR
SETIAUSAHA
NOR HAFIZAH BT YUSOFF
RAFIDAH BT ABD RAHMAN
MOHD HASYRIE RUSYDI B KAMARUZAMAN
SITI ARIFAH MAHFUZAH BT HJ AB RAZAK
SETIAUSAHA KERJA
MOHD RIDWAN BIN RAZALI
TIMB. SETIAUSAHA KERJA
SYUJA’ATI ILMI BT ABDULLAH
PENGERUSI
ABDUL RASHID BIN ABDULLAH
TIMB. PENGERUSI
AMTAZUL AFEIDATI BT FATANAH
PENGERUSI
AHMAD FAKHRUL RADHI BIN FAUZI
TIMB. PENGERUSI
NOR SYUHADA BT JA’FAR
JAWATANKUASA KEBAJIKAN DAN PERPADUAN
PENGERUSI
NIK ABDUL RAZAK BIN NIK MD RIDZUAN
TIMB. PENGERUSI
WAN NORFARHANA WAN IBRAHIM
PENGERUSI
HASBULLAH BIN HJ MOHAMED
TIMB. PENGERUSI
NORHAYANTIE BT ROZALI
PENGERUSI
ASRAF BIN ARIF
TIMB. PENGERUSI
NOR HIDAYAH BT ABD AZIZ
PENGERUSI
NIK NORAZUANI BT RAJA SEMAN
TIMB. PENGERUSI
NUR ASILAH BT OMAR
PENGERUSI
MUHAMMAD AFIF BIN MUSA
TIMB. PENGERUSI
MOHD HAFIZUL BIN SHAARI
PENGERUSI
MOHD NAZRI RASIDEK
TIMB. PENGERUSI
NOOR ISMAH BT MUJIDDIN
PENGERUSI
MAIZATUL AKMAN BIN ISHAK
TIMB. PENGERUSI
NORBAHIYYAH BT ABDUL RAHMAN
Saturday, November 17, 2007
The End of the Final Exam...Its time for Holiday !!
Nampak gayanya, Final Exam hampir tamat. Jadi, lepas ni, masa untuk bercuti...
Semua balik kampung...UM pun sunyi..
Thursday, November 15, 2007
1 Catatan drpd Seorang drpd 44 Penumpang drpd 7 Buah Bas
Tidak seperti tahun pertama dulu. Banyak bezanya tahun saya terlibat secara langsung dengan dua tahun ini yang saya lebih banyak tolong lihat dan kadang-kadang memberi nasihat. Bezanya ialah pada 2005 kebanyakan mahasiswa Kelantan sudah bersedia dengan tiket balik kampung awal-awal lagi, menyebabkan tiket PMKUM tidak begitu laku. Hendak penuhkan tiga buah bas hanya Tuhan saja yang tahu. Bahkan saya terpaksa pusing satu UM untuk mencari pelanggan. Penjual tiket yang terpaksa pergi kepada pembeli. Nak banding dua tahun ini anak Kelantan UM yang terpaksa mencari penjual. Al-asbabnya ialah kalau tak cari maknanya kena balik jalan kaki atau lompat bas. Lompat keretapi. (Ganas orang Kelantan dis?)
Tetapi dua tahun ini orang lain sudah lebih bersedia berbanding dengan anak-anak Kelantan di UM ni. Terutamanya tahun 2006, terlalu ramai anak Kelantan UM yang belum ada tiket. Terlewat sikit gigit jarilah maknanya. Akibatnya dari bas yang disediakan sebanyak empat buah terpaksa ditambah lima buah lagi. Orang yang bertungkus lumus mendapatkan bas tersebut ialah orang yang menjadi mastermind pada tahun ini juga – saudara Yusri Maimun – mahasiswa Pendidikan Islam tahun tiga anak jati Kuala Krai. Encik Yusri dibantu oleh dua orang orang kuat baru PMKUM; saudari Ismah dan Farhana- kedua-duanya tahun dua (pada tahun 2006 saudari Nor Hafizah). Tahun ini bas juga ditambah-tambah dan hampir juga menjadi sembilan buah. Akhirnya tujuh buah sahaja yang membawa anak Kelantan UM balik kampung.
Ambil tiket kemudian tolak lepas tu nak semula kemudian lagu tu tetapi kemudian lagu ni memang sudah kebiasaan dalam program bas – balik kampung ni. Program yang melibatkan orang-orang yang pening nak balik dengan apa. Sekejap nak tumpang saudara, sekejap nak naik helikopter. Macam-macam manusia ni. Kalau tak ada istilah sabar dalam hidup ni rasanya tiap-tiap hari perang saudara kita ni. Hehe. Oleh yang demikian janganlah marah-marah. Marah hanya akan mencetuskan konflik dan peperangan. Apa, tak percaya?
Ini adalah laporan peribadi saya terhadap ‘Lambaian Aidil Fitri’ yang mewakili empat puluh empat orang kurang lebih dalam bas nombor tiga dari tujuh buah bas semuanya dan mewakili lima buah bas yang bertolak pada malam 10 Oktober 2007. Bertolak beberapa saat selepas Soyuz TMA Sheikh Muszaffar dilancarkan. Sengaja bagi dia berlepas dulu sebab bas PMK tak cukup penumpang lagi. Kalau penumpang 3 orang kan senang, tak payah nak tunggu lama-lama. Lagipun kita nak balik kampung. Dia nak meninggalkan bumi. Eh, jauhnya beza tu. Beruntung ke beraya atas angkasa? Bagi saya beruntunglah sebab bukan semua orang boleh beraya atas ISS tu. Raya kan tiap-tiap tahun. Jadi apa salahnya selama tiga puluh tahun lebih dah beraya kat bumi sekali seumur hidup beraya di luar bumi. Tak kisah la beraya sorang-sorang. Sebab dia sorang kan Islam atas tu. Ke ada lagi? Tak tahu la pula saya. Macam mana dia sembahyang raya dan khutbah raya tu kena tanya dia la.
Dua buah bas sudah berlepas malam sebelumnya. Malam pelepasan yang penuh tragis dan konflik yang tersendiri. Semuanya adalah ujian – sabar je lah Farahana dan Ismah ye – Tak lupa Ustaz Yusri juga. Kasihan juga tengok Farhana yang duduk bersila atas tar, nak setel masalah yang melibatkan manusia yang bermacam ragam dan pelbagai rupa. Mujurlah ramai yang turun membantu.
Pada malam pelepasan bas yang lebih kurang sewaktu dengan pelancaran Soyuz TMA suasana kelam kabut mujur tak ribut berlaku lagi. Dengan kerenah orang lewat. Ada yang pergi kemudian senyap seribu bicara diam sejuta bahasa, tak terkata apa pun ada juga. Sampaikan wakil ketua bas cek dua tiga kali atas bas, manalah dua orang lagi. Rupa-rupanya dia memang di depan mata, depan pintu bas tanpa beritahu dia bas nombor berapa dan nama dia siapa. Dia cuma bertanya soalan yang dia tak patut tanya. Sudah dia tu special kes. Kes penangguhan bertolak. Patut dia dah naik bas malam sebelumnya. Nasib baik wakil bas yang memang tengah pening tu cool orangnya, kalau tak memang kena makan dah budak tu. Sabar jelah...
Apa yang berlaku kepada bas yang lain tidak kurang juga yang berlaku di bas nombor 3. Pada malam tu tiga bas UM dan dua bas Transnasional (shuttle bus Tanah Merah) yang tidak lebih macam bas tambahan, bas kilang atau bas sekolah. Tapi itu sahajalah yang dapat diusahakan. Hendak dapatkan bas ekspress musim raya ni sesuatu yang agak mustahil. Kecuali memang buat projek yang boleh menguntungkan Transnasional dan dirancang awal-awal lagi seperti yang dianjurkan oleh anak Kelantan USIM (yang kebetulan bertolak malam tu juga – terserempak semasa berhenti rehat di Merapuh).
Kejadian yang agak melucukan ialah apabila saya tersedar dari tidur dan mendapatkan orang di bahagian hadapan (saya duduk dibahagian belakang sebaris dengan Dzulkhairi-sambil bersembang masa jaga). Orang hadapan beritahu saya bahawa Nazri Rasidek (Mat Yie) sudah sampai ke destinasinya – Ciku, tepatnya Felda Ciku. Tapi mereka pula tanya saya ada ke tidak Mat Yie memberi saya senarai nama penumpang atau tertinggal di mana-mana. Beberapa minit kemudian setelah line telefon clear saya call Mat Yie, ternyata memang Mat Yie bawa balik rumah dia. Alahai, nak tunjuk kat adik dia senarai awek-awek yang bakal jadi kakak ipar kot (jangan marah Mat Yie- hehe). Bukan apa, senarai tu penting juga sebagai persediaan untuk menghadapi JPJ, polis, bomba, askar dan sebagainya.
Ketika berhenti untuk solat subuh di Masjid Kampung Keruh jika tak silap, sempat juga saya mengambil beberapa keping gambar dengan meminjam kamera digital Kak Na koperasi kolej 12. Dengan kamera Kak Na kemudiannya diambil gambar-gambar penumpang yang ingin turun di perhentian masing-masing yang dalam perjalanan ke Kota Bharu. Mereka sama sekali tidak turun di tengah jalan melainkan di tepi jalan belaka. Sampailah di Kota Bharu kamera Kak na terus berjasa dan sempat juga mengambil gambar bas UM (bas nombor 1) yang sampai agak lewat sedikit dari bas nombor 3. Cuma bas UM itu dengan cepatnya mencabutkan diri setelah semua orang turun bas dan mengambil barang masing-masing. Sempat jugalah ambil bas dari jarak jauh. Jarang sangat nak tengok bas UM dalam Kelantan nih. Kalau masa dia datang tapi saya di KL apa maknanya pada saya. Dah jemu dah tengok kat UM. Tapi kalau kat Kelantan nampak lain sikit.
Itu sahaja setakat ini. Sudah sebulan lebih dah berlalu sudah tentu laporan ini ada yang tidak lengkap. Bukan juga sebagai laporan layaknya, hanya sekadar berkongsi pengalaman seadanya sahaja semoga mendapat manfaat, insya Allah.
Akhirnya saya ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa terlebih bicara sama ada dalam tulisan ini ataupun semasa membantu mengendalikan penumpang bas nombor 3 dahulu. Segala kerjasama sahabat sekalian saya ucapkan jazakumullahu khairan jaza’.
Yang benar sebenarnya,
Hasbullah Haji Mohamed Abdul Rahman Al-Masnuri
(hasmoramasnuri.blogspot.com)
Kolej Dayasari Universiti Malaya Kuala Lumpur
14 November 2007 Bersamaan 5 Zulkaedah 1428.

