WE ARE MOVING


BAHASA MELAYU:


Terima kasih kerana anda masih sudi melawat blog rasmi PMKUM sesi 2007/08. Untuk sesi ini, kami telah berpindah ke blog baru yang lebih dinamik dan sesuai dengan konsep semasa.

SILA KLIK URL DIBAWAH UNTUK KE BLOG BARU PMKUM 08/09

http://blogpmkum.blogspot.com

ENGLISH :

Thank you for become our loyal readers of InfoPMKUM 07/08. Unfortunately, we are already MOVING to our new blog that are more dinamic and more suitable for the new concepts.

TO VISIT OUR NEW BLOG, PLEASE FEEL FREE TO CLICK THE URL BELOW

http://blogpmkum.blogspot.com

Need to know?

VISI

‘MENJALINKAN KEMESRAAN DALAM KEBERSAMAAN UNTUK MEMBENTUK PERPADUAN’

MISI

:: 5K PMKUM ::

KEPIMPINAN BERSAMA

KEMESRAAN DAN KETERBUKAAN DALAM BERPERSATUAN

KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN YANG MENYELURUH

KEILMUAN DAN KEMAHIRAN BERINTEGRASI

KEBAJIKAN DAN KEPERIHATINAN BERSAMA

TEMA

‘BERSAMA MEREALISASIKAN PERPADUAN’

Kabinet PMKUM 07/08

MAJLIS TERTINGGI
YANG DIPERTUA
NIK AFENDDY BIN
MOHAMMAD

TIMB. YANG DIPERTUA
SYAFAWATI BT
MOHD NOR

SETIAUSAHA
NOR HAFIZAH BT YUSOFF

TIMB.SETIAUSAHA
RAFIDAH BT ABD RAHMAN

BENDAHARI
MOHD HASYRIE RUSYDI B KAMARUZAMAN

TIMB. BENDAHARI
SITI ARIFAH MAHFUZAH BT HJ AB RAZAK

JAWATANKUASA PELAKSANA
SETIAUSAHA KERJA
MOHD RIDWAN BIN RAZALI

TIMB. SETIAUSAHA KERJA
SYUJA’ATI ILMI BT ABDULLAH

JAWATANKUASA AKADEMIK & INTELEKTUAL
PENGERUSI
ABDUL RASHID BIN ABDULLAH

TIMB. PENGERUSI
AMTAZUL AFEIDATI BT FATANAH

JAWATANKUASA ETIKA, PATROTIK & KENEGARAAN
PENGERUSI
AHMAD FAKHRUL RADHI BIN FAUZI

TIMB. PENGERUSI
NOR SYUHADA BT JA’FAR


JAWATANKUASA KEBAJIKAN DAN PERPADUAN

PENGERUSI

NIK ABDUL RAZAK BIN NIK MD RIDZUAN

TIMB. PENGERUSI

WAN NORFARHANA WAN IBRAHIM

JAWATANKUASA KEBUDAYAAN & KESENIAN
PENGERUSI
HASBULLAH BIN HJ MOHAMED

TIMB. PENGERUSI

NORHAYANTIE BT ROZALI

JAWATANKUASA SUKAN DAN REKREASI
PENGERUSI
ASRAF BIN ARIF

TIMB. PENGERUSI
NOR HIDAYAH BT ABD AZIZ

JAWATANKUASA HELWANI
PENGERUSI
NIK NORAZUANI BT RAJA SEMAN

TIMB. PENGERUSI
NUR ASILAH BT OMAR

JAWATANKUASA PENERBITAN DAN PENERANGAN
PENGERUSI
MUHAMMAD AFIF BIN MUSA

TIMB. PENGERUSI
MOHD HAFIZUL BIN SHAARI

JAWATANKUASA EKONOMI
PENGERUSI
MOHD NAZRI RASIDEK

TIMB. PENGERUSI
NOOR ISMAH BT MUJIDDIN

JAWATANKUASA PERHUBUNGAN DAN KEMASYARAKATAN
PENGERUSI
MAIZATUL AKMAN BIN ISHAK

TIMB. PENGERUSI
NORBAHIYYAH BT ABDUL RAHMAN

Wednesday, April 30, 2008

Perkhidmatan Penghantaran Motosikal
UM (Masjid Ar-Rahman) ke Kelantan
Tarikh : 6 Mei 2008 (5.00 pm)
KOS PENGHANTARAN
UM - Gua Musang, Kuala Kerai (RM 70)
UM - Machang, Pasir Puteh, Kota Bharu (RM 80)
UM - Tumpat, Rantau Panjang, Pengkalan Kubor (RM 90)
untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
013-6299734
013-2505483
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN : 4 MEI 2008

Thursday, April 10, 2008

UCAPAN DASAR YDP PMKUM SESI 2007/2008 : NIK AFFENDDY MOHAMAD






UCAPAN DASAR
YANG DIPERTUA PMKUM SESI 2007/2008
SEMPENA MESYUARAT AGUNG KALI KE-31


Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Terima Kasih kepada saudara Pengerusi Majlis,
Yang Berusaha Pengarah dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana
Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-31,
Yang dikasihi barisan kepimpinan PMKUM sesi 2007/2008,
Yang Diraikan dif-dif kehormat serta para tetamu jemputan
Yang dihormati sidang perwakilan dan para pemerhati
Serta rakan-rakan dan teman-teman yang dirahmati Allah sekalian.

Izinkan saya memulakan teks ucapan ini dengan menyebut : ‘Kita bukanlah jaguh yang memulakan perjuangan. Kita juga bukanlah pengecut yang mengakhirkan perjuangan. Tetapi kita adalah mata rantai-mata rantai yang meneruskan kesinambungan perjuangan’





Alhamdulillah, segala puja puji kesyukuran kita panjatkan kepada Allah swt Tuhan pencipta alam semesta, kerana hanya dengan limpah kasih juga sayang-Nya lah kita dapat berkumpul bersama menghadiri satu pertemuan penting dan penuh bermakna ini. Terlebih dahulu, kami barisan kepimpinan PMKUM sesi 2007/2008 memanjangkan salam ukhuwah dan salam perpaduan kepada saudara-saudari sekalian di atas kesudian melapangkan sedikit masa untuk hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PMKUM kali ke-31 ini. Semoga pertemuan dan perhimpunan kita pada hari ini menjadi saksi kepada utuhnya semangat perpaduan yang dilaung-laungkan selama ini. Dengan peluang yang ada ini, marilah kita sama-sama menilai kembali perjalanan PMKUM sesi ini. Kemukakanlah perbahasan yang matang, berilah kritikan yang membina dan carilah alternatif yang terbaik demi kecemerlangan PMKUM sesi akan datang. Moga-moga Allah S.W.T meredhai cita-cita dan hasrat mulia kita ini.

PMKUM : SEJARAH RINGKAS





Menyorot kembali sejarah Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya sejak dari penubuhannya pada 11 November 1976, kini ianya sudah menjangkau usia 31 tahun. Bangkit dengan nama PMKUM, sebenarnya kita adalah antara perintis kepada kewujudan persatuan anak negeri di Universiti Malaya ini. Setelah didaftarkan secara sah dengan Hal Ehwal Pelajar (sekarang Hal Ehwal Pelajar & Alumni), PMKUM kini masih lagi berperanan untuk menghimpunkan anak-anak Kelantan yang berada di Universiti Malaya ini. Dengan bilangannya yang ramai, maka sejak penubuhannya lagi kita masih lagi berdiri dengan kuantiti ahli yang paling ramai di universiti perdana ini.





Sematang usianya, PMKUM pada sesi ini terus mengorak langkah maju mendepani cabaran untuk mengekalkan kecemerlangannya demi merealisasikan sebuah persatuan yang berkualiti untuk memimpin ke arah perpaduan. Kecemerlangan PMKUM harus diteruskan, kepimpinan silih berganti tetapi matlamat dan objektif kekal tradisi. Pada sesi ini, PMKUM mempertaruhkan ‘kabinet mahasiswa’ yang membariskan gandingan baru daripada pelbagai latar belakang sosial yang berbeza dan fakulti yang berlainan. Gandingan yang pelbagai ini cuba sedaya upaya untuk menjalinkan kemesraan dan kebersamaan dalam setiap aktiiviti persatuan bagi mendokong agenda yang satu iaitu PERPADUAN!

PMKUM : SENARIO DAN REALITI YANG BERLAKU





Namun, apa yang tampak di depan mata sekarang ini jauh dari apa yang tertulis di atas. Perpaduan yang diharapkan tidak menjadi. Budaya hidup berseorangan telah menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian mahasiswa kelantan. Jauh lagi untuk berpersatuan. Suka atau tidak, inilah kenyataannya sekarang. Seringkali perbezaan pendapat dan rasa tidak puas hati menjadi pemicu kepada perpecahan. Manis di muka masam di belakang.Akibatnya, persatuan yang menjadi sasaran.





Senario yang ada begitu menggugah perasaan. Budaya hidup anak-anak Kelantan yang tidak suka untuk berpersatuan menimbulkan kebimbangan. Inilah yang kami fikirkan. Buatlah apa-apa program pun, tetapi sambutan tetap tidak memuaskan. Walaupun sedikit perubahan positif dilihat pada sesi ni dengan mengambil kira kehadiran dan sambutan terhadap program, namun masih tidak seperti yang disasarkan. Saya lontarkan permasalahan ini kepada semua untuk kita sama-sama fikirkan. Adakah kerana wujudnya perbezaan?





Sebenarnya tiada yang salah dengan perbezaan. Apa yang salah adalah sikap segelintir kita yang tidak tahu menyingkapi perbezaan yang ada. Bukankah Allah swt mencipta keindahan melalui perbezaan? Diciptakannya lelaki dan wanita, langit dan bumi dan segala sesuatu yang sifatnya pro dan kontra adalah sebagai pembuktian bahawasanya kehidupan ini penuh dengan perbezaan yang biasa kita sebut dengan sunnatullah.





Kerana inilah, PMKUM mengambil sikap menawan hati. Maksudnya di sini kami bercita-cita menjadi penyatu antara hati-hati. Menolak jauh-jauh apa yang disebut ta’asubiyyah sehingga tertutup apa yang sebenarnya harus diterima dan ditolak. Kami sedar mahasiswa/wi Kelantan mempunyai latar belakang yang berbeza. Bermula dari latar belakang institusi pengajian terakhir mereka sebelum berpijak ke bumi Universiti Malaya ini, latar belakang keluarga dan peribadi, daerah, pengaruh pemikiran politik dan banyak lagi yang akan menjadi sebab pemisah antara kita seandainya perbezaan itulah yang dicari. Kita tidak mahu hanya kerana perbezaan yang sedikit maka, keharmonian sesama kita harus tercabik-cabik.






PMKUM : VISI, MISI ,TEMA DAN PROGRAM SEBAGAI SENJATA MEMBENTUK PERPADUAN





Menyedari hakikat inilah, maka kita telah menerapkan tiga asas utama dalam pentadbiran PMKUM sesi ini iaitu KEMESRAAN, KEBERSAMAAN dan juga PERPADUAN. Ketiga-tiga asas ini kemudian disimpul menjadi satu ikatan ayat iaitu “ Menjalinkan Kemesraan Dalam Kebersamaan Untuk Membentuk Perpaduan” .Asas inilah yang dijadikan sebagai VISI PMKUM untuk sesi ini.





Bagi mencapai visi tersebut, maka satu rumus yang sederhana telah dibentuk dan dilaung-laungkan iaitu yang dikenali sebagai ‘5K PMKUM’.





‘K’ yang pertama iaitu ‘Kepimpinan Bersama’. Ia merupakan misi utama PMKUM sesi ini yang bertujuan untuk melahirkan barisan pimpinan yang mempunyai kesatuan minda dan kerja. Kesatuan yang dibentuk, kemudiannya akan melahirkan sistem pengurusan yang mengikut perancangan yang secara tidak langsung akan menggerakkan sumber manusia di peringkat PMKUM itu sendiri. Menyedari hakikat inilah, maka kami telah menganjurkan Kursus Induksi Pimpinan dan Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) pada awal sesi pentadbiran kami.





‘K’ yang kedua adalah ‘Kemesraan dan Keterbukaan dalam Berpersatuan’. Kemesraan disini adalah bermaksud kemesraan dalam memimpin. Kita telah berjaya mewujudkan satu hubungan yang baik dengan pihak pentadbiran Universiti Malaya dan juga persatuan-persatuan Anak Negeri yang lain seperti PERMADAH, PERMARAK, PERMANIS, dan PERMATA. Selain itu, kita juga telah menjalinkan perhubungan dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPM) dan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) itu sendiri. Item keterbukaan pula menandakan kami diperingkat pimpinan cuba untuk menjadi ‘open minded leaders’ dalam segala hal. Kita berlapang dada di atas perkara yang diselisihi dan bersepakat di atas perkara yang dipersetujui. Ia terkandung dalam konteks komunikasi ahli dengan pimpinan.





‘K’ yang ketiga adalah ‘Kemasyarakatan dan Perpaduan yang Menyeluruh’. Maksud menyeluruh disini ialah kita bukan sahaja ingin membina dunia mahasiswa yang diselubungi dengan suasana kampus sahaja, tetapi kita juga ingin membina satu pola gerakan yang dinamik dan proaktif dengan melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Justeru, pada sesi ini kita telah berjaya menganjurkan Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) yang diadakan selama lima hari dan berjaya melibatkan ahli PMKUM yang terdiri daripada pelbagai fakulti. Kita juga berusaha menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Perdana yang bertujuan untuk memasyarakatkan PMKUM dengan mahasiswa/wi Kelantan yang lain secara lebih dekat. Kem Motivasi Sekolah juga dilaksanakan bagi membuktikan kami serius dalam hal ini. Dengan terlaksananya ketiga-tiga program tersebut, maka kami dapat mencapai misi kemasyarakatan dengan hubungan pelbagai pihak seperti orang kampung, pentadbiran sekolah dan mahasiswa itu sendiri.





‘K’ yang keempat adalah ‘Keilmuan dan Kemahiran Berintegrasi’ . Misi ini dirangka adalah bertujuan untuk melahirkan mahasiswa yang mempunyai ‘added-value’ yang sempurna dan ‘multi talented’. Budaya ilmu yang diterapkan dalam pentadbiran seperti perbincangan isu dan pengisian kerohanian adalah menunjukkan PMKUM sesi ini masih lagi menerapkan elemen keilmuan dalam pentadbirannya. Kita juga telah berusaha membina karektor mahasiswa kelantan supaya lengkap dengan kepelbagaian kemahiran melalui program yang telah dianjurkan oleh PMKUM seperti Bengkel Fasilitator (GROFAS) dan Bengkel Kemahiran Memasak. Kemahiran dan ilmu dalam perniagaan juga diserapkan kepada ahli PMKUM pada sesi ini dengan menyerapkan mereka kepada PMKUM untuk menjadi tenaga penggerak kepada program Citarasa Darul Naim (CDN).





‘K’ yang terakhir adalah ‘Kebajikan dan Keperihatinan Bersama’. Memang aspek kebajikan dalam PMKUM sudah amat sinonim sejak kepimpinan sebelum ini. Masakan tidak, setiap tahun kita berjaya menguruskan masalah pengangkutan pulang beraya ke Kelantan. Program Pulangnya Perantau adalah nama baru yang mengantikan nama tradisi program sersebelum ini iaitu Lambaian Aidilfitri. Walaupun namanya sedikit berubah, tetapi maltlamat dan objektif program berada pada kondisi yang sama iaitu untuk menjaga kebajikan ahli.





Hadirin-hadirat sekalian,





Seperti tahun-tahun sebelumnya, PMKUM sentiasa hadir dengan slogan barunya sesuai dengan pembawakan sesi tersebut. Kali ini kita telah memilih slogan baru iaitu “Bersama Merealisasikan Perpaduan”. Hadir dengan membawa agenda perpaduan, kami menyedari ia bukanlah semudah yang ingin dibina. Tetapi kami lebih menyedari bahawa tanpa perpaduan, asas yang sudah dipacakkan pasti akan roboh jua. Banyak sejarah yang membuktikan tanpa ‘team-work’, suatu komuniti itu tidak akan kekal lama. Contoh yang paling dekat adalah pada tubuh PMKUM sendiri yang pernah mengalami masa surutnya beberapa sesi yang lepas. Ini terjadi hanya kerana sifat untuk mendewakan kepentingan individu. Di atas pertimbangan inilah, maka sebuah gerakan dan angkatan yang dibina dengan rasa perpaduan yang jitu dirasakan amat relevan. Disinilah tersemainya keyakinan kami bahawa penyelesaian terhadap isu kebersamaan dalam berpersatuan adalah hanya perpaduan sejati.


PMKUM : MEMACU PERUBAHAN MEMPERKASA PERSATUAN

Saya menyedari, setiap perubahan sesi kepimpinan sememangnya mempunyai wawasan tersendiri terutama dalam rangka usaha melakukan perubahan. Perubahan yang diperlukan adalah dari aspek pengurusan, program dan pembawakan PMKUM itu sendiri. Pimpinan yang akan mengambil alih kepimpinan PMKUM selepas ini haruslah melihat ketiga-tiga aspek yang saya nyatakan ini sebagai perkara asas untuk memacu perubahan.





Aspek pengurusan memang tidak dapat dinafikan kepentingannya. Tetapi apabila kita menyebut soal pengurusan, jangan kita hanya terfikir dalam aspek teknikal seperti pendokumentasian dan pemfailan sahaja, tetapi kita harus menyedari bahawa pengurusan merangkumi kesemua aspek kerangka kepimpinan. Bermula dengan perancangan untuk menetapkan visi dan misi persatuan, kemudian digerakkan dengan aspek perlaksanaan dan kawalan serta diakhiri dengan aspek penilaian. Inilah nilai sebenar sesebuah persatuan yang berpengurusan.





Memacu perubahan dan memperkasakan persatuan juga dapat dijayakan dengan merangka program-program yang akan dijalankan sepanjang sesi. PMKUM harus digerakkan dengan beberapa langkah ke depan dan bersedialah untuk meneruskan perjuangan pimpinan sesi ini untuk membawa PMKUM keluar dari kepompong gelaran persatuan yang bertaraf budak sekolah sahaja. Maksudnya di sini, program-program yang diatur mestilah lebih mencapah dan mengambil kira pelbagai aspek dan sasaran dan tidak hanya terfokus kepada sesuatu pihak dan kepentingan sahaja. PMKUM harus bersungguh-sungguh mengorak langkah menganjurkan program yang membawa agenda besar khususnya melibatkan masa depan mahasiswa Kelantan itu sendiri. Aspek keilmuan, kepimpinan, keusahawanan ,kesukanan, kemasyarakatan, kebajikan dan kebersamaan harus diteruskan.





Selain itu, kita juga mestilah menyesuaikan pembawakan PMKUM ini selari dengan kehendak semasa dan ahli PMKUM itu sendiri yang terdiri daripada pelbagai fakulti dan latar belakang yang berbeza. Menyedari hakikat ini, kami pihak persatuan sedaya upaya menggerakkan kekuatan utama kita sebagai anak-anak Kelantan iaitu sifat berpuak. Memang sekali pandang, kita mengatakannya sebagai negatif. Tetapi tanggapan awal ini mesti cepat diubah dengan kita menggunakan sifat tersebut untuk menukarkannya menjadi positif. Maksudnya adalah, kita ikatkan mereka dengan PMKUM ini dan kita doktrinkan mereka dengan semangat perpaduan dan kebersamaan yang jitu. Itulah langkah yang perlu di ambil serius selepas ini.





Sebenarnya, inilah pembawakan yang ingin dibawa oleh kepimpinan kali ini. Kita mahukan ahli PMKUM dapat bersama-sama dengan kita dan dalam masa yang sama kita mengetepikan soal perbezaan yang wujud demi melihat kesatuan yang diimpikan. Oleh itu, hasrat ini amat memerlukan sokongan dan penghayatan daripada semua pihak. Pimpinan tidak boleh hanya syok sendiri dalam memikirkan hasrat ini. Ahli pula tidak boleh duduk bergoyang kaki tanpa mengambil peduli apa tugas, peranan, sumbangan dan tanggungjawab yang perlu dipikul untuk merealisasikan agenda sebesar ini. Kita tidak punya banyak masa lagi. Kita perlu bangkit melakukan perubahan demi perubahan untuk merealisasikan perpaduan.



PMKUM : MENYAMBUNG PERJUANGAN MEMIMPIN PERPADUAN

Walau apapun perubahan yang kita ingin lakukan, jangan sesekali ketepikan soal perpaduan. Jangan sesekali bangkitkan sensitiviti perkauman. Jangan mendahulukan soal kepartian. Jangan cuba memecahkan perpaduan. Kita berjuang memimpin perpaduan. Kita berjuang ke arah persefahaman. Kita bangkit atas kekuatan kesatuan minda dan amal. Kita harus menyedari hakikat ini. Jangan sesekali kita lakukan. Kelak nanti kita kerugian.





Tiada apa yang mahu saya hasratkan melainkan kita mencari titik-titik persamaan. Tidakkah kita ingin melihat anak-anak Kelantan bersatu padu? Tidakkah kita ingin menyaksikan kita adalah sebagai keluarga besar yang mesra? Saya yakin, kita mengimpikan semua itu kerana inilah kekuatan tradisi kita. Cuma bagaimana kita hendak melakukannya? Jawapannya tidak lain tidak bukan, kita mesti mencari titik persamaan. Dan titik itu tidak lain tidak bukan adalah perpaduan.





Hadirin-hadirat sekalian,





Perpaduan sahajalah yang akan memungkinkan segala kejayaan dalam merealisasikan perancangan persatuan. Kerana dengan perpaduan sahajalah hati-hati kita merasai sifat sayang menyayang. Kerana perpaduan jugalah kita akan bangkit gagah mendepani cabaran. Perpaduan yang diimpikan jangan sesekali tinggal impian. Impian harus digenggam seperti menggengam bara api. Biarpun hitam, kita jangan hentikan. Kita inginkan kejayaan di sebalik kepahitan. Sama-sama kita pastikan ia menjadi milik kita. Menjadi milik PMKUM.





Sudah tiba masanya kita melakukan perubahan. Sudah tiba masanya untuk kita terus meletakkan PMKUM berdiri sebaris dengan persatuan lain di kampus perdana ini. Fikiran kita harus terbuka dan pemikiran tertutup harus diubah. Bersemangat tinggi, berjiwa besar, berfikiran jauh ke depan dan sanggup berkorban sahajalah yang akan memastikan agenda ini tidak hanya tinggal pada impian sahaja. Biarlah imej negatif pergi meninggalkan kita. Tetapi yang pasti, berjanjilah untuk tahun-tahun yang mendatang, kita berdiri dengan nama PMKUM yang menjadi contoh kepada persatuan lain di Universiti Malaya dari segenap aspek.





Akhir kata, perjuangan yang direntasi dan usaha persis yang dipersembahkan, tidak bermakna tanpa keikhlasan. Dengan ruangan yang ada pada hari ini, marilah kita ikhlaskan hati kita untuk sama-sama merencanakan gerakan persatuan yang lebih gemilang untuk masa hadapan. Luahkan idea, kritikan dan pendapat anda untuk kepentingan persatuan dan bukanlah bersifat peribadi.





Saya mewakili barisan pimpinan mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama, sokongan, pengorbanan, idea dan sumbangan saudara-saudari sekalian kepada kami. Segala kelemahan dan kesilapan lalu, marilah kita perbaikinya dari semasa ke semasa. Kita berdoa kepada Allah agar laluan perjuangan yang kita bakal lalui selepas ini mendapat pertolongan dan keredhaanNya selalu.





Sekian, wassalamualaikum Waramatullahi Wa Barakatuh. Selamat bermesyuarat.


Wednesday, April 2, 2008

Lawatan SMK Kubang Telaga, Bachok

31 Mac 2008- UMKL: Universiti Malaya telah menerima kunjungan lawatan sambil belajar dari SMK Kubang Telaga, Bachok Kelantan. Rombongan seramai 120 orang pelajar termasuk guru pengiring. Rombongan berpeluang mengadakan lawatan di dua tempat iaitu di Muzium Seni Asia (pelajar UM sendiri ramai yang tak pernah sampai sini, uhu) dan Perpustakaan Utama UM. Lawatan ini diuruskan oleh unit Kebudayaan dan Kesenian PMKUM; mengendalikankan urusan dengan Canseleri UM dan tajaan makan tengahari (terima kasih kepada penaja: Kafe APIUM, Kafe FP- Selera Pantai Timur dan Kafe Selera Kampung, Kolej 10). Terima kasih juga kepada pihak canseleri kerana kerjasama yg diberikan dan seribu penghargaan kepada yg terlibat secara langsung atau tidak langsung.



Berikut antara aksi yang sempat ditangkap sebelum ia terbang meninggalkan UM:






Penerangan oleh pihak muzium - sesi kain songket




sesi bergambar sambil makan




satu kebetulan- exco kebudayaan - Pok Lah bersama woghihnyo- Ust Mahazo

Saturday, March 15, 2008




Mesyuarat Agung Tahunan PMKUM sesi 2007/08 (MATA 07/08)


Bilik Perdana 1 (BP 1). Kompleks Perdanasiswa (KPS)
6 April 2008
8.00 am - 2.00 pm

DIJEMPUT SEMUA AHLI PMKUM HADIR BERSAMA
Family Day 08
30 Mac 2008
8.00 am - 1.00 pm
Taman Rekreasi FRIM
Terhad untuk 100 peserta terawal sahaja !
Berbagai program menarik untuk disertai, yang penting...mesti enjoy !
Sila hantarkan maklumbalas (ataupun pertanyaan) kepada nombor dibawah sebelum 26 Mac 2008
Ridhwan (013-2505483)
Syuja'ati (013-9616136)

Friday, January 11, 2008

PERUTUSAN TAHUN BARU 1429H PRESIDEN PMKUM



Segala puji bagi Allah s.w.t yang memiliki kekuasaan di atas muka bumi ini, Maha perkasa dan Maha bijaksana hanyalah untuk-Nya. Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., penghulu segala nabi serta ahli keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda yang bersama-sama menegakkan panji-panji kebenaran.


Setinggi-tinggi kesyukuran kita rafa’kan kepada Allah s.w.t atas hidayah dan kasih sayangNYa memberi kesempatan kepada kita untuk bertemu di Tahun Baru 1429H bersamaan 2008 ini. Semoga tahun ini akan memberi lebih kejayaan dan keberkatan dalam mencapai impian yang dicita-citakan. Saya dan seluruh Exco Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya (PMKUM) ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 1429H/2008 kepada seluruh warga UM khususnya buat rakan-rakan ahli PMKUM dan rakyat Negeri Kelantan yang tecinta.

Saudara-saudari yang dirahmati,


Tahun 2007 telah meninggalkan seribu satu kenangan, impian, cabaran, kesedihan dan kejayaan buat kita semua. Kejayaan demi kejayaan telah dicapai oleh Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya (PMKUM) pada tahun (semester) lepas. Kejayaan tersebut bermula dengan keupayaan kita menarik ramai anak-anak Kelantan kepada persatuan ini. Kejayaan mengumpul bilangan ahli baru yang tertinggi di peringkat semua persatuan anak-anak negeri semasa PROMO ’07 yang dianjurkan oleh pihak HEPA pada tahun lepas, menjelaskan bahawa kita adalah persatuan yang terus aktif dan mempunyai keahlian yang paling ramai berbanding persatuan anak negeri lain. Itu perkiraan yang dibuat berdasarkan jumlah ahli baru yang mendaftar dan tidak lagi mengambil kira jumlah sebenar anak-anak Kelantan yang tidak lagi berdaftar secara sah dengan kita sedangkan mereka wujud di Universiti Perdana ini.


Menuju ke arah salah satu daripada lima MISI yang digariskan PMKUM sesi ini iaitu KEPIMPINAN BERSAMA, maka selepas berkhirnya Minggu Promosi Badan Pelajar (PrOMO ‘07), PMKUM telah menganjurkan satu program yang melibatkan pimpinan diperingkat Majlis Tertinggi, Exco, AJK dan pengarah-pengarah projek sepanjang sesi kepimpinan ini. Program tersebut ialah Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) yang bermatlamat untuk melahirkan pimpinan yang mempunyai kesatuan minda dan kerja dalam gerak kerja persatuan. Kesatuan minda dan kerja yang saya nyatakan ini adalah amat penting untuk memastikan visi, misi, objektif dan hala tuju yang digariskan oleh pimpinan di peringkat majlis tertinggi, selari dengan gerak kerja ahli di peringkat bawah samaada exco JKP PMKUM, ahli jawatankuasa JKP, pengarah-pengarah projek dan juga ahli PMKUM itu sendiri.


Pada sesi lepas juga, kita telah menganjurkan program Hari Interaksi Darul Naim (HISDAN) yang berjaya menghimpunkan sebilangan besar anak-anak kelantan dari setiap fakulti dan kolej-kolej kediaman yang datang memenuhi Kompleks Perdana Siswa (KPS). Signifikannya, program tersebut turut dihadiri oleh presiden-presiden persatuan negeri lain seperti Persatuan Mahasiswa Kedah (PERMADAH), Persatuan Mahasiswa Perak (PEMARAK), Persatuan Mahasiswa Terengganu (PERMATA), dan Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan (PERMANIS). Turut memeriahkan majlis juga adalah wakil dua persatuan ‘induk’ Universiti Malaya iaitu Persatuan Mahasiswa Islam (PMIUM) yang diwakili oleh Pengerusi Biro Kebajikan & Perpaduan dan Majlis Perwakilan Pelajar yang diwakili oleh presidennya sendiri iaitu Sdr. Affenddi Tanjung. Kesediaan dan kejayaan kita menjemput dan mengumpul pimpinan-pimpinan di peringkat persatuan lain ini dalam program kita adalah membuktikan bahawa VISI BESAR PMKUM kita sesi ini iaitu PERPADUAN adalah perkara yang serius dan harus diberi perhatian oleh semua pihak. Kita tidak mahu soal perpaduan ini hanya subur dalam ruang lingkup dan kehidupan anak kelantan sahaja bahkan jauh dari itu, kita ingin menjadi sebuah persatuan yang mendominasi dan mengungguli perjuangan membawa perpaduan ini. PMKUM dan ahlinya harus menjadi contoh dan satelit kepada persatuan lain dalam membawa visi ini.


Kita juga tidak meminggirkan aspek penjanaan ekonomi dalam persatuan kerana bagi kita, usaha persis untuk memastikan persatuan ini mempunyai sumber kewangan yang mantap harus didokong bersama oleh ahli-ahli PMKUM terutama pimpinan-pimpinan PMKUM sendiri. Kita harus sedar, kejayaan dan kelicinan sesuatu projek yang telah diatur sepanjang sesi adalah bergantung kepada kukuhnya sumber kewangan kita. Bermaksud, kita ada wang, kita mampu berjuang ! Wang bukan segalanya, tetapi dengan wang, kita mampu melakukan segalanya.


Menyedari hakikat ini, maka PMKUM cuba sedaya upaya untuk menggunakan sebarang peluang yang ada untuk merealisasikan hasrat tersebut. Maka dengan berlangsungnya Majlis Konvokesyen bagi bakal-bakal graduan baru-baru ini, PMKUM telah menggunakan peluang ini untuk membuka gerai makanan bagi mengukuhkan sistem ekonomi persatuan. Pengurusan gerai PMKUM ini telah dpertanggungjawabkan kepada JKP Ekonomi yang kemudiannya menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi memastikan segala perancangan yang diatur berjalan lancar. Sejak penubuhan PMKUM pada 1971 yang lalu sehingga sekarang, kita masih lagi mengekalkan nama keramat gerai PMKUM ini iaitu Citarasa Darul Naim (CDN). Begitu juga sejak 3 sesi kepimpinan PMKUM sebelum ini, CDN masih lagi mengekalkan menu masakan tradisi PMKUM iaitu masakan istimewa nasi kerabu dan masakan panas yang setiap hari berjaya menarik pelanggan yang ramai dan sentiasa memenuhi ruang khemah CDN PMKUM.


Ini menunjukkan bahawa, masakan yang kita ketengahkan ini bukan sahaja berjaya menarik minat anak-anak kelantan kita bahkan terdapat juga mahasiswa negeri lain yang turut mengunjungi gerai CDN PMKUM. Istimewanya, semua masakan yang kita persembahkan itu adalah hasil titik peluh dan ramuan asli ciptaan ahi PMKUM sendiri. Kemahiran inilah yang kami di peringkat pimpinan mahukan. Sebab itu, antara 5 Misi PMKUM sesi ini adalah KEILMUAN & KEMAHIRAN BERINTEGRASI yang cuba diterapkan kepada ahli. Misi ini kalau dihayati oleh ahli di semua peringkat, mampu melonjakkan semangat baru untuk mendaulatkan ilmu dan mencambahkan kemahiran yang ada.


Saudara-saudari sekalian,


Setiap persatuan atau organisasi, saya yakin pastinya tidak akan mengabaikan soal kebajikan. Begitu juga dengan PMKUM. Kami melihat soal kebajikan ini adalah perkara yang perlu dititikberatkan. Memandangkan setiap tahun tibanya musim perayaan Aidilfitri, pasti ada yang tidak memiliki tiket pulang ke Kelantan. Mengambil kira permasalahan seperti ini, maka kita menggesa JKP Kebajikan & Perpaduan agar mengambil inisiatif untuk menyediakan bebrapa buah bas untuk sedikit sebanyak membantu segelintir ahli PMKUM yang bermasalah ini. Sesuai dengan misi terakhir dalam hireki 5K PMKUM iaitu KEBAJIKAN & KEPERIHATINAN BERSAMA, maka inisiatif seperti ini dilihat tepat untuk melengkapkan misi PMKUM sesi ini.


Namun begitu, kita juga tidak mengetepikan elemen kerohanian dan pentarbiyahan dalam setiap diri ahli PMKUM. Perubahan yang drastik dalam hubungan komunikasi masyarakat dunia sedang berlaku. Ini menjadikan dua cabaran besar alaf baru iaitu ledakan ilmu yang berbentuk global dan masalah sosial yang semakin parah perlu ditangani dan diatasi ke arah membentuk watak ahli PMKUM yang beretika. Justeru itu, agenda penting bagi pembinaan jati diri mulia ini ialah dengan mengatur program-program kerohanian dari semasa ke semasa. Dengan kedatangan Ramadhan yang lepas, kita melalui JKP Etika, Patriotisme & Kenegaraan PMKUM telah menganjurkan program IFTAR JAMAIE & SOLAT HAJAT PERDANA bagi mengisi dan mendidik ahli-ahli kita dengan aktiviti keagamaan dan kerohanian disamping untuk memeriahkan lagi kedatangan Ramadhan yang mulia itu.


Pada tanggal 25– 29 Disember 2007 yang lepas, PMKUM juga telah berjaya menganjurkan OPKIM ’07 yang diadakan dengan penuh gemilang. Namun disebalik kejayaan itu, sebenarnya ada beberapa perkara yang timbul di peringkat awal sebelum program tersebut berjalan. Dengan keadaan cuaca di kelantan ketika itu yang mengalami musim tengkujuh yang agak teruk dan tarikh buka semester pengajian yang semakin dekat, maka ini sebenarnya membuatkan jawatankuasa OPKIM ’07 tidak nyenyak tidur dan mungkin juga ada yang tidak selera untuk makan. Secara logiknya, sudah tentu OPKIM ’07 tidak akan berjaya diteruskan kerana kita juga sedar bahawa setiap program pasti memerlukan pesertanya. Mana mungkin kami boleh bergoyang kaki dalam keadaan dua masalah yang saya sebut di atas tadi sedangkan kita amat memerlukan ahli untuk menjadi peserta ‘program tengkujuh’ ini. Tetapi saya cukup percaya dengan keberkatan dalam berpersatuan berpersatuan. Pasti ada pertolongan Allah kerana kita memilih jalan ini (berpersatuan) yang penuh dengan kemanisan dan keberkatan dalam Islam. Hasilnya, seminggu sebelum program tersebut berlangsung, maka kita berjaya mengumpul seramai 102 orang perserta yang asalnya tidak ada seorang pun yang berani mendaftarkan diri kerana faktor cuaca dan faktor-faktor lain. Tetapi inilah dunia persatuan. Indahnya berpersatuan, kita sendiri tidak menjangkakan. Maka dengan berakhirnya OPKIM ’07 tersebut, kalendar PMKUM bagi semester yang lepas (sesi 2007) dapat ditutup dengan jayanya.


Saudar-saudari sekalian,


Kegemilangan ini harus diteruskan, kejayaan akan terus digenggam. Hari ini, kita semua telah memasuki era kedua dalam kepimpinan PMKUM sesi ini. Era kedua menuntut pecutan yang lebih laju dan bertenaga kerana kita sudah tidak memilki masa yang panjang untuk lagi berada dalam kelalaian dan kelapaan. Kita sebagai pimpinan, kita mesti terus mengejar impian. Kita sebagai ahli, kita mesti terus berbakti. Itu falsafah mudah yang harus dijadikan prinsip bilamana kita memasuki fasa ke-2 dalam gerak kerja PMKUM sesi ini.


Ayuh !! Marilah kita mengingati kembali VISI kita iaitu “MENJALINKAN KEMESRAAN DALAM KEBERSAMAAN UNTUK MEMBENTUK PERPADUAN”. Juga hadamkan kembali MISI 5K PMKUM iaitu KEPIMPINAN BERSAMA, KEMESRAAN DAN KETERBUKAAN DALAM BERPERSATUAN, KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN YANG MENYELURUH, KEILMUAN DAN KEMAHIRAN BERINTEGRASI, serta KEBAJIKAN DAN KEPERIHATINAN BERSAMA. Kembalilah kita berjanji, buat yang terbaik untuk PMKUM. Suburkan kemesraan, wujudkan kebersamaan dan utuhkan perpaduan.


“ BERSAMA MEREALISASIKAN PERPADUAN ”







Wednesday, January 9, 2008

Selamat Tahun Baru 1429 Hijrah

Setelah bergema azan Maghrib 9 Januari 2008, maka berakhirlah tahun 1428 Hijrah, dan juga petanda bermulanya tahun baru 1429 Hijrah. Saya yakin dan percaya, tak semua tahu akan tarikh ini. Ramai belia diluar sana lebih mengetahui New Year 2008, berbanding 'New Year' 1429 Hijrah. Percaya atau tidak, itulah realiti masa sekarang. Kehadiran tahun baru 2008 disambut meriah dengan percikan bunga api, konsert besar-besaran, Dataran-dataran dan stadium penuh dengan penonton. Tapi tatkala kita menyambut Tahun Baru Hijrah, berapa orang sangatlah yang rela 'berkampung' sekejap di masjid atau surau, untuk bersama-sama menghayati betapa bernilainya tarikh 1 Muharam di mata umat Islam terdahulu.Renungkan...

Tuesday, January 1, 2008

Happy New Year !

Selamat Tahun Baru 2008 !

Pejam celik, dah pun masuk tahun baru. Macamana dengan azam tahun lepas? Kalau masih tak terbayar, terpaksalah 'carry on' ke dalam list 2008.
Tanamkan azam baru,mulakan hari baru dengan sesuatu yang bermakna untuk diri.

Tahun ini juga mungkin amat bermakna kepada sesiapa ynag dilahirkan pada 29 Februari. Ini kerana tarikh 'keramat' ini hanya muncul selang 4 tahun! Saya pasti anda semua mengetahuinya..

Tahniah kepada semua sahabat yang berjaya mencapai target mereka didalam peperiksaan akhir yang lepas. Kepada yang kurang bernasib baik, jangan kecewa, tetapi bersyukurlah dengan apa yang anda capai, kerana anda tetap berjaya untuk diri anda sendiri. Jadikan tahun baru ini sebagai pembakar semangat untuk anda meneruskan usaha demi memantapkan pembelajaran anda.

Jangan lupa untuk memeriahkan program-program yang bakal kami anjurkan untuk semester ini..Anda pasti terpegun dengan kehebeatannya !